Monday, March 19, 2007

Laporan Bengkel Penulisan Islami GKLN-ADABUNA 2007


books
Originally uploaded by GKLN.


LAPORAN BENGKEL PENULISAN ISLAMI KERJASAMA
ADABUNA & GKLN

1.0 Objektif

1.1 Merapatkan ukhuwah antara masyarakat pelajar di timur tengah dan di lain-lain tempat merentas benua seperti England, Scotland, Ireland, Jepun, Rusia dan sebagainya.
1.2 Bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan antara pelajar dari pelbagai jurusan dalam bidang penulisan.
1.3 Menghasilkan karyawan yang bakal menerapkan unsur-unsur islamik dan akhlak murni sesuai dengan keperluan masyarakat Malaysia kini.
1.4 Melahirkan penulis yang responsif terhadap isu-isu semasa yang melanda dunia Islam.

2.0 Pengenalan

Bengkel penulisan ini merupakan usaha julung-julung kali antara Majlis Penulis PMRAM dan Grup Karyawan Luar Negara (GKLN) lewat kunjungan ahli GKLN ke Mesir Jun 2006. Atas inisiatif beberapa penulis timur tengah dan penulis dari Ireland, bengkel penulisan ini cuba direalisasikan dalam usaha melahirkan penulis-penulis yang mempunyai kesedaran Islam dan berusaha menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai lembayung yang menaungi penulisan masing-masing. Hal ini berikutan berleluasanya novel-novel picisan di pasaran yang senantiasa memancing masyarakat terutamanya remaja kepada dunia fantasi tanpa sempadan. Di samping itu, bengkel ini juga berusaha untuk membuahkan penulis-penulis yang peka dan responsif terhadap isu semasa yang melanda dunia islam dan cuba menarik perhatian masyarakat terhadap isu-isu semasa tersebut lewat karya masing-masing. Dan dalam pada itu, diharapkan dengan kerjasama ini, ukhuwah antara penulis-penulis yang lazimnya adalah penuntut-penuntut Malaysia yang sedang belajar di luar negara akan terjalin erat.

3.0 AJK Bengkel

Berikut adalah AJK Bengkel Penulisan Islami Adabuna & GKLN

Pengarah: Nur Hafizah Mohd Noor
Timbalan: Faizatul Herda Mohd Azaman
Bendahari (ADABUNA): Mohd Zaki Mohd Noor
Bendahari (GKLN): Aimi Rahayu Abdul Rashid
Moderator I (NH): Mohd Hafez Iftiqar Ahmad Termizi
Moderator II (FT): Huda Zakari@Zakaria
Moderator III (ZA): Mohd Nurul Hisyam Mohamed

4.0 Pelaksanaan

4.1 Medium
Tidak seperti bengkel-bengkel penulisan yang sering kali dijalankan di timur tengah, bengkel ini telah dijalankan secara maya ya’ni secara ‘teleconference’. Medium yang digunakan adalah Yahoo Mesenger Conference. Hal ini berikutan peserta-peserta bengkel adalah dari seantero benua lantas menidakkan sebarang peluang untuk mengadakan bengkel secara serampang mata.

4.2 Peserta
Seramai 13 peserta telah dipilih untuk menyertai bengkel ini, 6 dari ADABUNA dan 7 lagi dari GKLN. Sebulan sebelum menyertai bengkel, setiap peserta telah menghantar karya masing-masing kepada fasilitator sebulan sebelum bengkel bermula untuk dinilai dan dikenal pasti sebarang pembaikan yang mungkin.

4.3 Fasilitator
Fasilitator bertauliah yang telah dipilih adalah merupakan penulis-penulis mapan dan berpengalaman luas dalam bidang penulisan di tanah air. Fasilitator tersebut adalah:
I) Nisah Haron (NH)
II) Faisal Tehrani (FT)
III) Zaid Akhtar (ZA)

4.4 Metodologi

4.4.1 Sebulan sebelum bengkel bermula, peserta telah menghantar karya masing-masing sama ada puisi atau cerpen kepada fasilotator kumpulannya.
4.4.2 Setelah dibedah, fasilitator menyerahkan garapan komen kepada moderator kumpulan yang dilantik.
4.4.3 Moderator kumpulan menyusunatur komen fasi dan karya peserta dalam slide yang disediakan untuk memudahkan proses penerangan.
4.4.4 Sebelum bengkel bermula, slide yang telah disediakan diupload ke yahoogroup dan peserta memuaturun slide sejurus sebelum bengkel bermula.
4.4.5 Setiap karya peserta dikritik selama 20 minit dan peserta-peserta lain menekuni komen yang diberi fasilitator dengan bantuan slide show yang disediakan.

4.5 Pembahagian kumpulan
Seramai 13 peserta yang dipilih dibahagikan kepada 3 kumpulan. Setiap satu fasilitator mengendalikan bengkel bersama kumpulan yang diberi.

4.6 Atur cara bengkel

a) Pre bengkel I

Tarikh: 22 Januari 2007
Hari: Sabtu
Masa: 9.00 – 10.30 p.m. (waktu Malaysia)



b) Pre bengkel II

Tarikh: 29 Januari 2007
Hari: Sabtu
Masa: 9.00 – 10.30 p.m. (waktu Malaysia)

c) Bengkel Penulisan Islami Adabuna & GKLN

Tarikh: 3 Februari 2007
Hari: Sabtu
Masa: 9.00 – 12.00 p.m. (waktu Malaysia)



AKTIVITI TARIKH
Promosi dan hantar karya 10/11/06 – 31/12/06
Pembedahan karya 01/01/06 – 29/1/07
Penyediaan slide 29/01/07 – 02/02/07
Pre Bengkel I 22/01/07
Pre Bengkel II 29/01/07
Bengkel 03/02/07

4.7 Pre bengkel
Pre bengkel telah dijalankan sebanyak dua kali untuk memastikan
masalah-masalah teknikaliti dapat dikesan dan ditangani sebelum
bengkel sebenar.

4.7 Siaran dengan radio internet MISG
Bengkel penulisan online ini telah dirakamkan dan disiarkan secara berperingkat dengan radio internet MISG milik persatuan pelajar di USA.

5.0 Masalah/Cadangan pembaikan

5.1 Masalah seperti tidak dapat mendengar conference berlaku tetapi tidak kepada peserta atau fasilitator, hanya kepada pemerhati yang turut ingin mendengar kupasan karya. Masalah teknikal seperti itu telah ditangani sewaktu pre bengkel I dan II.

5.1.1 Ini menunjukkan peri pentingnya dan keberkesanan mengadakan pre bengkel sebelum bengkel sebenar. Pre bengkel itu hendaklah diadakan antara peserta, moderator dan fasilitator seperti yang telah dijalankan dalam bengkel kali ini.

5.1.2 Bagi pemerhati pula, masalah ini boleh dielakkan dengan mendengar melalui radio internet MISG dengan melayari www.radiomisg.com.

5.1.3 Walaubagaimanapun, siaran langsung dengan radio MISG tidak dapat
dijalankan pada hari conference kerana masalah teknikal. Siaran
tertunda disiarkan secara berperingkat di radio MISG.

5.1.4 Dicadangkan untuk mengadakan juga pre bengkel bersama dengan
pengendali radio MISG pada bengkel akan datang.

6.0 Penutup

Memandangkan bengkel ini adalah projek perintis, kerjasama dan komitmen dari semua pihak telah berjaya merealisasikan bengkel ini dan usaha secara berterusan akan dapat memastikan kesimbungan bengkel penulisan atas talian seperti ini.

Sekian, terima kasih

Yang berusaha,
Nur Hafizah Mohd Noor
Pengarah Bengkel Penulisan Islami Adabuna & GKLN

Friday, February 02, 2007

Projek Antologi Cerpen GKLN

PENGENALAN

Projek antologi cerpen GKLN ini merupakan kesinambungan projek antologi puisi GKLN yang telah
dijalankan sepanjang tahun 2006 yang lepas. Pada tahun 2006, seramai 20 orang ahli GKLN dari seluruh dunia telah terpilih untuk menerbitkan karya (puisi) dalam antologi ‘Al Andalus Menangis’. Antologi tersebut telah dilancarkan oleh Ustaz Hasrizal di program PUISI 2006 di Ireland.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1) Antologi ini terbuka khas buat semua ahli Grup Karyawan Luar Negara. Bagi yang belum menjadi ahli anda bolehlah melayari http://gkln.blogspot.com untuk makluman lanjut/link bagi menyertai GKLN.

2) Sebanyak 10-15 orang penulis diperlukan dengan 1
buah cerpen seorang (anggaran awal). Setiap cerpen akan dinilai oleh seorang penilai yang bakal dipilih GKLN bagi memastikan kualiti antologi tersebut. (Walaubagaimanapun, ‘kualiti’ yang dimaksudkan adalah dengan mengambil kira pengalaman dan pendedahan para penulis GKLN yang masih baru. Tulislah cerpen sebaik yang mampu, sesuai dengan pengalaman anda).

3) GKLN memberi prioriti yang tinggi bagi cerpen-cerpen bertema Islami serta perjuangan dan mengangkat isu sejagat. Namun begitu cerpen-cerpen bertema kekeluargaan, remaja, dan lain-lain berkemungkinan akan turut diterima jika menepati kehendak penilai.

4) GKLN amat mengalu-alukan penyertaan dari
negara-negara/ peserta-peserta yang tidak pernah
menyertai projek penerbitan GKLN (Al Andalus
Menangis). Namun begitu, peserta mestilah pernah
sekurang-kurang pernah menghantar karya atau ‘post’ di dalam yahoogroup GKLN dalam tempoh 6 bulan mutakhir. Hal ini bagi menyaring dan memastikan bahawa penulis/peserta benar-benar berminat dalam penulisan, dan konsisten dalam menulis/terlibat dalam
perbincangan mengenai penulisan.

5) Panjang cerpen tidak boleh melebihi 2700 patah
perkataan atau kurang 1100 patah perkataan.

6) Tiada had masa, namun penyertaan akan ditutup
apabila jumlah karya yang diluluskan editor telah
mencukupi (first come first serve).

6) Sebarang kemusykilan boleh panjangkan kepada
fahd_razy@yahoo.co.uk atau fazleenrazali@yahoo.com

7) Hantarkan karya anda kepada penyelenggara projek
antologi cerpen GKLN, saudari Fazleen Razali
(Southampton) di emel fazleenrazali@yahoo.com.

8) Keputusan muktamad pemilihan cerpen tertakluk kepada keputusan penilai dan penyelenggara berdasarkan kriteria-kriteria yang dirasakan sesuai iaitu tema dan kualiti yang bersesuaian, prioriti kepada penulis yang belum pernah menyertai penerbitan, tetapi terbukti berminat/ serius dalam penulisan, dan penyertaan awal.

9) Jangkaan terbit: Ogos/September 2007

BERDAKWAH MELALUI PENA

BENGKEL PENULISAN ISLAMI GKLN-ADABUNA

BENGKEL PENULISAN ISLAMI GKLN-ADABUNA


Assalamualaikum

Pihak Grup Karyawan Luar Negara (GKLN) dan Adabuna (Grup penulis dari Timur Tengah) buat julung kalinya telah mengadakan kerjasama menganjurkan bengkel penulisan Islami GKLN-ADABUNA secara maya (online).

Bengkel ini bakal dilangsungkan secara online menggunakan aplikasi Yahoo Mesenger, dan tiga sesi (bagi setiap fasilitator) akan dijalankan serentak. Seramai 12 orang peserta dari kedua-dua kumpulan (yang terdiri daripada penulis-penulis muda dari Mesir, US, Dublin, United Kingdom, Australia, New Zealand, dan lain-lain) telah dipilih dan karya-karya mereka bakal dibedah oleh 3 orang fasilitator yang terdiri daripada penulis-penulis mapan iaitu saudara Faisal Tehrani, saudara Zaid Akhtar, dan Puan Nisah Haron. B

Kepada semua yang berminat, anda dijemput untuk turut sama mengikuti bengkel tersebut sebagai PEMERHATI dan PENDENGAR samaada melalui radio MISG ( http://www.radiomisg.com/ ) atau mengikutinya secara langsung secara jemputan dari moderator setiap bengkel.

Tarikh: 3 Februari 2007
Masa:

KL -Sat 9:00 PM
CAIRO -Sat 3:00 PM
NASHVILLE-Sat 7:00 AM
DUBLIN -Sat 1:00 PM
MELBOURNE - Sat 12:00 PM
WELLINGTON - Sun 2:00 AM

Sekiranya mahu mengikuti siaran secara langsung melalui online conference, sila pastikan komputer anda mempunyai kelengkapan voice teleconference dan sila minta moderator menjemput anda dalam conference masing-masing. ID moderator adalah seperti berikut:

1) ISE_SEKODA
2) HAFEZIFTIQAR
3) TECOLPET

(P/S: untuk siaran melalui radio, hanya satu sesi akan disiarkan dalam satu masa. 2 sesi yang lain akan ditunda siarannya pada waktu yang bakal ditetapkan kemudian)

maklumat lanjut boleh hubungi fieza_nur@yahoo.com
BENGKEL PENULISAN ISLAMI GKLN-ADABUNA


Assalamualaikum

Pihak Grup Karyawan Luar Negara (GKLN) dan Adabuna (Grup penulis dari Timur Tengah) buat julung kalinya telah mengadakan kerjasama menganjurkan bengkel penulisan Islami GKLN-ADABUNA secara maya (online).

Bengkel ini bakal dilangsungkan secara online menggunakan aplikasi Yahoo Mesenger, dan tiga sesi (bagi setiap fasilitator) akan dijalankan serentak. Seramai 12 orang peserta dari kedua-dua kumpulan (yang terdiri daripada penulis-penulis muda dari Mesir, US, Dublin, United Kingdom, Australia, New Zealand, dan lain-lain) telah dipilih dan karya-karya mereka bakal dibedah oleh 3 orang fasilitator yang terdiri daripada penulis-penulis mapan iaitu saudara Faisal Tehrani, saudara Zaid Akhtar, dan Puan Nisah Haron. B

Kepada semua yang berminat, anda dijemput untuk turut sama mengikuti bengkel tersebut sebagai PEMERHATI dan PENDENGAR samaada melalui radio MISG ( http://www.radiomisg.com/ ) atau mengikutinya secara langsung secara jemputan dari moderator setiap bengkel.

Tarikh: 3 Februari 2007
Masa:

KL -Sat 9:00 PM
CAIRO -Sat 3:00 PM
NASHVILLE-Sat 7:00 AM
DUBLIN -Sat 1:00 PM
MELBOURNE - Sat 12:00 PM
WELLINGTON - Sun 2:00 AM

Sekiranya mahu mengikuti siaran secara langsung melalui online conference, sila pastikan komputer anda mempunyai kelengkapan voice teleconference dan sila minta moderator menjemput anda dalam conference masing-masing. ID moderator adalah seperti berikut:

1) ISE_SEKODA
2) HAFEZIFTIQAR
3) TECOLPET

(P/S: untuk siaran melalui radio, hanya satu sesi akan disiarkan dalam satu masa. 2 sesi yang lain akan ditunda siarannya pada waktu yang bakal ditetapkan kemudian)

maklumat lanjut boleh hubungi fieza_nur@yahoo.com