Sunday, July 21, 2013

Senarai Aktiviti Grup Karyawan Luar Negara



Aktiviti-aktiviti Tetap (di luar tentatif tahunan)

1)Perbincangan dan bimbingan penulisan secara atas talian melalui yahoogroups, emel, dan Facebook.
2)Perkongsian karya kreatif ahli dan penulis mapan

3)Perkongsian artikel, berita, dan makluman lain seputar isu sastera dan penulisan.

4)Sumbangan tahunan naskhah-naskhah terbitan GKLN ke perpustakaan-perpustakaan daerah/negeri
dan perpustakaan universiti tempatan dan luar negara.

5)Menyertai aktiviti / jemputan mendeklamasi sajak / baca cerpen yang dianjurkan pelbagai pihak di dalam dan luar Negara

6)Menyertai jemputan ceramah / pembentangan kertas kerja / perkongsian pengalaman anjuran universiti dan persatuan berkaitan di dalam dan luar negara.

7)Menghantar wakil ke bengkel / seminar / perhimpunan penulis di dalam dan luar negara

8)Kempen ‘Jom Tembus Media’

9)Gathering dan pertemuan-pertemuan tidak rasmi  sesama ahli

10)Kunjungan ke rumah/pertemuan dengan tokoh penulis / editor dan sebagainya

*** Selain daripada aktiviti yang dirancang langsung oleh GKLN, aktiviti berkaitan sastera dan penulisan turut giat dilakukan oleh Grup-Grup lain yang bekerjasama dengan GKLN seperti Kelab Penulisan Irbid, Jordan, dan Ikatan Penulis Mahasiswa (IPEM), Makassar.

Aktiviti-aktiviti yang dirancang


2013
Bengkel Penulisan GKLN-KMS 2013 siri III (3 hari, 2 malam) di Kolej MARA Seremban – Pembimbing : Fahd Razy, Syafiq Zulakifli, Afif Zuhdi, Rebecca Ilham, Adibah Abdullah, Zaim Salimun, Khadijah Khalilah, Iwan Ghazali, Muhammad Teja, Khairil Idham Ismail, Munirah Jamaluddin, Thoyba Mursyidah



Bengkel Penulisan GKLN-KMS-KMB-MCKK 2013 siri IV (3 hari, 2 malam) di Sukida Resort, Semenyih, 4-6 Oktober 2013– Pembimbing : Fahd Razy, Syafiq Zulakifli, Shahkang, Adibah Abdullah, Zaim Salimun, Nor Aisyah Zainoordin, Iwan Ghazali, Ainul Arina, Amirul Hamudin, Zaim M Yusof, Siddiq Osman.

Malam Suara Al Aqsa 2013 dan pelancaran antologi Aku Kalis Peluru pada 16 Mac 2013 di Kolej MARA Seremban. Kerjasama bersama Aqsa Sharif. (Jemputan: Pak Agi, SM Zakir, Fara Fauzana, Imam Muda Taufiq, Dr Shamsudin Othman, Rahimidin Zahari, Dahrie Zakaria, dan lain-lain). Jumlah kutipan dana ialah RM2500 (tidak termasuk hasil jualan naskhah antologi Aku Kalis Peluru yang terjual hampir 80 naskhah pada majlis tersebut)

Projek penerbitan naskhah-naskhah persendirian ahli GKLN

Sayembara Puisi Islami KMS-GKLN 2013

Sayembara Puisi GKLN Zon Asia-Australasia (Tema: Dunia Baru) 2013

Sayembara Puisi GKLN Zon Eropah-US 2013

Sayembara Cerpen GKLN Zon Eropah-US 2013

Sayembara Puisi GKLN Zon Timur Tengah-Afrika (Tema: Kisah Kita) 2013

T-shirt GKLN

Projek pengumpulan puisi-puisi Sahabat Rasulullah S.A.W untuk tujuan pembukuan.

Penerbitan naskhah:
  1)      Antologi Sayembara
  2)      Antologi cerpen dan puisi Palestin : Aku Kalis Peluru – kerjasama Aqsa Sharif
  3)      Penerbitan naskhah kerjasama IPEM
  4)      Antologi cerpen terpilih GKLN – terbitan ITBM
  5)      Antologi puisi terpilih GKLN – terbitan ITBM





2012
Bengkel Penulisan GKLN-KMS-KMB siri I di Kolej MARA Seremban (Januari 2012)

Bengkel Penulisan GKLN-KMS-KMB siri II di Bandar Baru Salak Tinggi (April 2012)

Penerbitan naskhah:
  1)      Antologi puisi Dandelion
  2)      Antologi cerpen Trem ke Pintu Syurga
  3)      Kumpulan puisi Hazwan Ariff Hakimi : Sasterawanara Keraton

Majlis Rumah Terbuka dan Pelancara Naskhah (kerjasama PENA, Legasi Oakheart) di Rumah Pena (pelancaran antologi Dandelion, Trem Ke Pintu Syurga, dan Sasterawanara Keraton)- Jemputan: SN Anwar Ridhwan, SM Zakir, Dr Shamsudin Othman, Nisah Haron, Grup Lagu Puisi (esastera) dan lain-lain.

Bengkel Penulisan Musim Panas Karyawan Muda Luar Negara, Port Dickson (kerjasama DBP) – Pembimbing: SM Zakir

Sayembara puisi : Puisi untuk Dunia anjuran Leeds University Malaysian Society



2011

Bengkel Penulisan Musim Panas Karyawan Muda Luar Negara (kerjasama DBP): Pembimbing: Faisal Tehrani, Mahaya Mohd Yasin.

Penerbitan naskhah:
  1)      Kumpulan puisi Menggeledah Nurani (Edisi Kedua)
  2)      Antologi puisi : Juzuk



2010

Sayembara Puisi Berunsur Islam GKLN 2010


2009

Sayembara Puisi Berunsur Islam GKLN 2009

Sayembara Cerpen Berunsur Islam GKLN 2009

Bengkel Penulisan Musim Panas Karyawan Muda Luar Negara (kerjasama DBP) : Pembimbing: Ana Balqis

Penerbitan naskhah:
  1)      Antologi puisi Badar Metropolitan


 2008

Sayembara Puisi Berunsur Islam UK-Ireland 2008

Sayembara Cerpen Berunsur Islam UK-Ireland 2008

Sayembara Puisi Maghribi (SEMPURI)

Penerbitan naskhah:
  1)      Antologi cerpen Mengemis di Kota Larangan
  2)      Antologi puisi Bahasa Bumi



2007

Bengkel Penulisan Atas Talian GKLN-Adabuna, 3 Februari 2007 (Pembimbing: Faisal Tehrani, Zaid Akhtar, Nisah Haron)

Bengkel Penulisan Musim Panas Karyawan Muda Luar Negara (kerjasama DBP) : Pembimbing: Zaharah Nawawi, Nisah Haron, Faisal Tehrani

Penerbitan naskhah:
  1)      Antologi puisi Wilayah Cinta
  2)      Antologi cerpen Jalan Jauh ke Ramallah



2006

Sayembara Puisi Berunsur Islam UK-Ireland II

Penerbitan naskhah:
  1)      Antologi puisi Al Andalus Menangis



2005

Sayembara Puisi Berunsur Islam UK-Ireland

Pementasan teater ‘Mencari Jalan Pulang’ (kerjasama PPIMI)

Bengkel Mini Penulisan sempena Program Cuti-Cuti Musim Bunga, Dublin.

   

Monday, March 19, 2007

Laporan Bengkel Penulisan Islami GKLN-ADABUNA 2007


books
Originally uploaded by GKLN.


LAPORAN BENGKEL PENULISAN ISLAMI KERJASAMA
ADABUNA & GKLN

1.0 Objektif

1.1 Merapatkan ukhuwah antara masyarakat pelajar di timur tengah dan di lain-lain tempat merentas benua seperti England, Scotland, Ireland, Jepun, Rusia dan sebagainya.
1.2 Bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan antara pelajar dari pelbagai jurusan dalam bidang penulisan.
1.3 Menghasilkan karyawan yang bakal menerapkan unsur-unsur islamik dan akhlak murni sesuai dengan keperluan masyarakat Malaysia kini.
1.4 Melahirkan penulis yang responsif terhadap isu-isu semasa yang melanda dunia Islam.

2.0 Pengenalan

Bengkel penulisan ini merupakan usaha julung-julung kali antara Majlis Penulis PMRAM dan Grup Karyawan Luar Negara (GKLN) lewat kunjungan ahli GKLN ke Mesir Jun 2006. Atas inisiatif beberapa penulis timur tengah dan penulis dari Ireland, bengkel penulisan ini cuba direalisasikan dalam usaha melahirkan penulis-penulis yang mempunyai kesedaran Islam dan berusaha menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai lembayung yang menaungi penulisan masing-masing. Hal ini berikutan berleluasanya novel-novel picisan di pasaran yang senantiasa memancing masyarakat terutamanya remaja kepada dunia fantasi tanpa sempadan. Di samping itu, bengkel ini juga berusaha untuk membuahkan penulis-penulis yang peka dan responsif terhadap isu semasa yang melanda dunia islam dan cuba menarik perhatian masyarakat terhadap isu-isu semasa tersebut lewat karya masing-masing. Dan dalam pada itu, diharapkan dengan kerjasama ini, ukhuwah antara penulis-penulis yang lazimnya adalah penuntut-penuntut Malaysia yang sedang belajar di luar negara akan terjalin erat.

3.0 AJK Bengkel

Berikut adalah AJK Bengkel Penulisan Islami Adabuna & GKLN

Pengarah: Nur Hafizah Mohd Noor
Timbalan: Faizatul Herda Mohd Azaman
Bendahari (ADABUNA): Mohd Zaki Mohd Noor
Bendahari (GKLN): Aimi Rahayu Abdul Rashid
Moderator I (NH): Mohd Hafez Iftiqar Ahmad Termizi
Moderator II (FT): Huda Zakari@Zakaria
Moderator III (ZA): Mohd Nurul Hisyam Mohamed

4.0 Pelaksanaan

4.1 Medium
Tidak seperti bengkel-bengkel penulisan yang sering kali dijalankan di timur tengah, bengkel ini telah dijalankan secara maya ya’ni secara ‘teleconference’. Medium yang digunakan adalah Yahoo Mesenger Conference. Hal ini berikutan peserta-peserta bengkel adalah dari seantero benua lantas menidakkan sebarang peluang untuk mengadakan bengkel secara serampang mata.

4.2 Peserta
Seramai 13 peserta telah dipilih untuk menyertai bengkel ini, 6 dari ADABUNA dan 7 lagi dari GKLN. Sebulan sebelum menyertai bengkel, setiap peserta telah menghantar karya masing-masing kepada fasilitator sebulan sebelum bengkel bermula untuk dinilai dan dikenal pasti sebarang pembaikan yang mungkin.

4.3 Fasilitator
Fasilitator bertauliah yang telah dipilih adalah merupakan penulis-penulis mapan dan berpengalaman luas dalam bidang penulisan di tanah air. Fasilitator tersebut adalah:
I) Nisah Haron (NH)
II) Faisal Tehrani (FT)
III) Zaid Akhtar (ZA)

4.4 Metodologi

4.4.1 Sebulan sebelum bengkel bermula, peserta telah menghantar karya masing-masing sama ada puisi atau cerpen kepada fasilotator kumpulannya.
4.4.2 Setelah dibedah, fasilitator menyerahkan garapan komen kepada moderator kumpulan yang dilantik.
4.4.3 Moderator kumpulan menyusunatur komen fasi dan karya peserta dalam slide yang disediakan untuk memudahkan proses penerangan.
4.4.4 Sebelum bengkel bermula, slide yang telah disediakan diupload ke yahoogroup dan peserta memuaturun slide sejurus sebelum bengkel bermula.
4.4.5 Setiap karya peserta dikritik selama 20 minit dan peserta-peserta lain menekuni komen yang diberi fasilitator dengan bantuan slide show yang disediakan.

4.5 Pembahagian kumpulan
Seramai 13 peserta yang dipilih dibahagikan kepada 3 kumpulan. Setiap satu fasilitator mengendalikan bengkel bersama kumpulan yang diberi.

4.6 Atur cara bengkel

a) Pre bengkel I

Tarikh: 22 Januari 2007
Hari: Sabtu
Masa: 9.00 – 10.30 p.m. (waktu Malaysia)



b) Pre bengkel II

Tarikh: 29 Januari 2007
Hari: Sabtu
Masa: 9.00 – 10.30 p.m. (waktu Malaysia)

c) Bengkel Penulisan Islami Adabuna & GKLN

Tarikh: 3 Februari 2007
Hari: Sabtu
Masa: 9.00 – 12.00 p.m. (waktu Malaysia)



AKTIVITI TARIKH
Promosi dan hantar karya 10/11/06 – 31/12/06
Pembedahan karya 01/01/06 – 29/1/07
Penyediaan slide 29/01/07 – 02/02/07
Pre Bengkel I 22/01/07
Pre Bengkel II 29/01/07
Bengkel 03/02/07

4.7 Pre bengkel
Pre bengkel telah dijalankan sebanyak dua kali untuk memastikan
masalah-masalah teknikaliti dapat dikesan dan ditangani sebelum
bengkel sebenar.

4.7 Siaran dengan radio internet MISG
Bengkel penulisan online ini telah dirakamkan dan disiarkan secara berperingkat dengan radio internet MISG milik persatuan pelajar di USA.

5.0 Masalah/Cadangan pembaikan

5.1 Masalah seperti tidak dapat mendengar conference berlaku tetapi tidak kepada peserta atau fasilitator, hanya kepada pemerhati yang turut ingin mendengar kupasan karya. Masalah teknikal seperti itu telah ditangani sewaktu pre bengkel I dan II.

5.1.1 Ini menunjukkan peri pentingnya dan keberkesanan mengadakan pre bengkel sebelum bengkel sebenar. Pre bengkel itu hendaklah diadakan antara peserta, moderator dan fasilitator seperti yang telah dijalankan dalam bengkel kali ini.

5.1.2 Bagi pemerhati pula, masalah ini boleh dielakkan dengan mendengar melalui radio internet MISG dengan melayari www.radiomisg.com.

5.1.3 Walaubagaimanapun, siaran langsung dengan radio MISG tidak dapat
dijalankan pada hari conference kerana masalah teknikal. Siaran
tertunda disiarkan secara berperingkat di radio MISG.

5.1.4 Dicadangkan untuk mengadakan juga pre bengkel bersama dengan
pengendali radio MISG pada bengkel akan datang.

6.0 Penutup

Memandangkan bengkel ini adalah projek perintis, kerjasama dan komitmen dari semua pihak telah berjaya merealisasikan bengkel ini dan usaha secara berterusan akan dapat memastikan kesimbungan bengkel penulisan atas talian seperti ini.

Sekian, terima kasih

Yang berusaha,
Nur Hafizah Mohd Noor
Pengarah Bengkel Penulisan Islami Adabuna & GKLN

Friday, February 02, 2007

Projek Antologi Cerpen GKLN

PENGENALAN

Projek antologi cerpen GKLN ini merupakan kesinambungan projek antologi puisi GKLN yang telah
dijalankan sepanjang tahun 2006 yang lepas. Pada tahun 2006, seramai 20 orang ahli GKLN dari seluruh dunia telah terpilih untuk menerbitkan karya (puisi) dalam antologi ‘Al Andalus Menangis’. Antologi tersebut telah dilancarkan oleh Ustaz Hasrizal di program PUISI 2006 di Ireland.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1) Antologi ini terbuka khas buat semua ahli Grup Karyawan Luar Negara. Bagi yang belum menjadi ahli anda bolehlah melayari http://gkln.blogspot.com untuk makluman lanjut/link bagi menyertai GKLN.

2) Sebanyak 10-15 orang penulis diperlukan dengan 1
buah cerpen seorang (anggaran awal). Setiap cerpen akan dinilai oleh seorang penilai yang bakal dipilih GKLN bagi memastikan kualiti antologi tersebut. (Walaubagaimanapun, ‘kualiti’ yang dimaksudkan adalah dengan mengambil kira pengalaman dan pendedahan para penulis GKLN yang masih baru. Tulislah cerpen sebaik yang mampu, sesuai dengan pengalaman anda).

3) GKLN memberi prioriti yang tinggi bagi cerpen-cerpen bertema Islami serta perjuangan dan mengangkat isu sejagat. Namun begitu cerpen-cerpen bertema kekeluargaan, remaja, dan lain-lain berkemungkinan akan turut diterima jika menepati kehendak penilai.

4) GKLN amat mengalu-alukan penyertaan dari
negara-negara/ peserta-peserta yang tidak pernah
menyertai projek penerbitan GKLN (Al Andalus
Menangis). Namun begitu, peserta mestilah pernah
sekurang-kurang pernah menghantar karya atau ‘post’ di dalam yahoogroup GKLN dalam tempoh 6 bulan mutakhir. Hal ini bagi menyaring dan memastikan bahawa penulis/peserta benar-benar berminat dalam penulisan, dan konsisten dalam menulis/terlibat dalam
perbincangan mengenai penulisan.

5) Panjang cerpen tidak boleh melebihi 2700 patah
perkataan atau kurang 1100 patah perkataan.

6) Tiada had masa, namun penyertaan akan ditutup
apabila jumlah karya yang diluluskan editor telah
mencukupi (first come first serve).

6) Sebarang kemusykilan boleh panjangkan kepada
fahd_razy@yahoo.co.uk atau fazleenrazali@yahoo.com

7) Hantarkan karya anda kepada penyelenggara projek
antologi cerpen GKLN, saudari Fazleen Razali
(Southampton) di emel fazleenrazali@yahoo.com.

8) Keputusan muktamad pemilihan cerpen tertakluk kepada keputusan penilai dan penyelenggara berdasarkan kriteria-kriteria yang dirasakan sesuai iaitu tema dan kualiti yang bersesuaian, prioriti kepada penulis yang belum pernah menyertai penerbitan, tetapi terbukti berminat/ serius dalam penulisan, dan penyertaan awal.

9) Jangkaan terbit: Ogos/September 2007

BERDAKWAH MELALUI PENA

BENGKEL PENULISAN ISLAMI GKLN-ADABUNA

BENGKEL PENULISAN ISLAMI GKLN-ADABUNA


Assalamualaikum

Pihak Grup Karyawan Luar Negara (GKLN) dan Adabuna (Grup penulis dari Timur Tengah) buat julung kalinya telah mengadakan kerjasama menganjurkan bengkel penulisan Islami GKLN-ADABUNA secara maya (online).

Bengkel ini bakal dilangsungkan secara online menggunakan aplikasi Yahoo Mesenger, dan tiga sesi (bagi setiap fasilitator) akan dijalankan serentak. Seramai 12 orang peserta dari kedua-dua kumpulan (yang terdiri daripada penulis-penulis muda dari Mesir, US, Dublin, United Kingdom, Australia, New Zealand, dan lain-lain) telah dipilih dan karya-karya mereka bakal dibedah oleh 3 orang fasilitator yang terdiri daripada penulis-penulis mapan iaitu saudara Faisal Tehrani, saudara Zaid Akhtar, dan Puan Nisah Haron. B

Kepada semua yang berminat, anda dijemput untuk turut sama mengikuti bengkel tersebut sebagai PEMERHATI dan PENDENGAR samaada melalui radio MISG ( http://www.radiomisg.com/ ) atau mengikutinya secara langsung secara jemputan dari moderator setiap bengkel.

Tarikh: 3 Februari 2007
Masa:

KL -Sat 9:00 PM
CAIRO -Sat 3:00 PM
NASHVILLE-Sat 7:00 AM
DUBLIN -Sat 1:00 PM
MELBOURNE - Sat 12:00 PM
WELLINGTON - Sun 2:00 AM

Sekiranya mahu mengikuti siaran secara langsung melalui online conference, sila pastikan komputer anda mempunyai kelengkapan voice teleconference dan sila minta moderator menjemput anda dalam conference masing-masing. ID moderator adalah seperti berikut:

1) ISE_SEKODA
2) HAFEZIFTIQAR
3) TECOLPET

(P/S: untuk siaran melalui radio, hanya satu sesi akan disiarkan dalam satu masa. 2 sesi yang lain akan ditunda siarannya pada waktu yang bakal ditetapkan kemudian)

maklumat lanjut boleh hubungi fieza_nur@yahoo.com
BENGKEL PENULISAN ISLAMI GKLN-ADABUNA


Assalamualaikum

Pihak Grup Karyawan Luar Negara (GKLN) dan Adabuna (Grup penulis dari Timur Tengah) buat julung kalinya telah mengadakan kerjasama menganjurkan bengkel penulisan Islami GKLN-ADABUNA secara maya (online).

Bengkel ini bakal dilangsungkan secara online menggunakan aplikasi Yahoo Mesenger, dan tiga sesi (bagi setiap fasilitator) akan dijalankan serentak. Seramai 12 orang peserta dari kedua-dua kumpulan (yang terdiri daripada penulis-penulis muda dari Mesir, US, Dublin, United Kingdom, Australia, New Zealand, dan lain-lain) telah dipilih dan karya-karya mereka bakal dibedah oleh 3 orang fasilitator yang terdiri daripada penulis-penulis mapan iaitu saudara Faisal Tehrani, saudara Zaid Akhtar, dan Puan Nisah Haron. B

Kepada semua yang berminat, anda dijemput untuk turut sama mengikuti bengkel tersebut sebagai PEMERHATI dan PENDENGAR samaada melalui radio MISG ( http://www.radiomisg.com/ ) atau mengikutinya secara langsung secara jemputan dari moderator setiap bengkel.

Tarikh: 3 Februari 2007
Masa:

KL -Sat 9:00 PM
CAIRO -Sat 3:00 PM
NASHVILLE-Sat 7:00 AM
DUBLIN -Sat 1:00 PM
MELBOURNE - Sat 12:00 PM
WELLINGTON - Sun 2:00 AM

Sekiranya mahu mengikuti siaran secara langsung melalui online conference, sila pastikan komputer anda mempunyai kelengkapan voice teleconference dan sila minta moderator menjemput anda dalam conference masing-masing. ID moderator adalah seperti berikut:

1) ISE_SEKODA
2) HAFEZIFTIQAR
3) TECOLPET

(P/S: untuk siaran melalui radio, hanya satu sesi akan disiarkan dalam satu masa. 2 sesi yang lain akan ditunda siarannya pada waktu yang bakal ditetapkan kemudian)

maklumat lanjut boleh hubungi fieza_nur@yahoo.com

Sunday, December 31, 2006

Majlis Pelancaran Al Andalus Menangis


Kotak perasmian
Originally uploaded by karyawan.



Tanggal 22 Disember 2006, Jumaat, bertempat di Tain Adventure Centre, County Louth, Ireland, telah berlangsungnya majlis pelancaran antologi puisi Al Andalus Menangis, terbitan Grup Karyawan Luar Negara (GKLN). Majlis dijalankan secara ringkas bersempena dengan majlis pembukaan program Perhimpunan Ukhuwwah Insaniyah Seluruh Ireland 2006 anjuran Persatuan Pelajar Islam Malaysia Ireland (PPIMI)


coverdepan final
Originally uploaded by GKLN.



Antalogi puisi Al Andalus Menangis merupakan himpunan 129 puisi yang ditulis sepenuhnya oleh 20 pelajar yang menuntut di luar Negara termasuklah Ireland, Scotland, England, Rusia, Australia, New Zealand, Mesir, Jordan, dan Morocco. Antologi ini merupakan terbitan pertama GKLN hasil kerjasama dengan Esastera enterprise yant turut diselenggarakan oleh Irwan Abu Bakar (pengasas esastera.com) dan saudara Fahd Razy. Antologi ini turut memuatkan karya-karya yang pernah memenangi Hadiah Sastera Berunsur Islam Ireland yang Pertama. (naskhah Al Andalus Menangis boleh didapati di: http://www.ujanailmu.com.my/pd_al_andalus.cfm)








Majlis yang dipengerusikan oleh saudara Izwan Ismail (pengerusi tetap program) dimulakan dengan ucapan pendahuluan oleh pengasas GKLN dan penyelenggara Al Andalus Menangis, saudara Fahd Razy. Beliau telah memberikan sedikit latar belakang antalogi tersebut serta mengapa dan bagaimana naskhah tersebut berjaya diterbitkan. Fahd Razy juga telah mendeklamasi 2 buah puisi dari antologi tersebut iaitu ‘Nota Kecil di Hujung Isyak III’ karya Fahd Razy dan ‘Maafkanku Ramallah’ karya Hafez Iftiqar (Australia).




Kemudian majlis menjemput tetamu yang dirai, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil untuk menyempurnakan upacara memotong riben bagi melancarkan buku tersebut. Selanjutnya beliau turut menyampaikan naskhah antologi tersebut kepada para penulis Al Andalus Menangis. Mengikut perancangan awal, tiga orang penulis Al Andalus Menangis akan mendeklamasikan puisi-puisi yang dipilih namun akibat kesuntukan masa rancangan tersebut dibatalkan. Setinggi-tinggi penghargaan buat AJK Pelancaran yang bertungkus lumus menyempurnakan majlis iaitu saudari Atiqa Azit -Ketua AJK-, Khairiah Jaafar (Khai-rel), dan Nur Hafizah (Fieza Nur)




















Sebelum berakhir, saudara Fahd Razy sekali lagi tampil bagi mengumumkan keputusan Sayembara Puisi Berunsur Islam Ireland-UK ke-2 anjuran GKLN yang berakhir pada 1 Disember 2006. Berikut adalah senarai pemenang sayembara

Pertama:
Perjalanan Mencari Pelangi (Nur Adilah Zarin, RCSI)

Kedua:
Fenomena 1: Celikkan Mata, Terbanglah ke Seluruh Pelosok Dunia! (Adibah Abdullah, UNI OF MANCHESTER)

Ketiga:
Tarian Maut Duniawi (Sakinah binti Md.Rifin, UNIV COLLEGE DUBLIN)

Saguhati:
1. Dunia Baru Islam (Huda Kamarudin, RCSI)

2. Janji Tuhan Itu Pasti (Nurin Mazaya binti Zulkifli, SOUTHAMPTON)

Hadiah Galakan:

1) Bangkitlah dan Berdirilah (Jamilah Mohd Yusodd, UC Cork)
2) Imbauan Kisah (Nur Aisyah Zainoordin, Uni of Dundee)
3) Demam Kita: Rindukan berdirinya amirul mukminin (Khairiah Jaafar, RCSI)
4) Hanya Gerhana, Yakinlah dengan Kebangkitan Islam (Fieza Nur, RCSI)


Trofi
Originally uploaded by karyawan.





Senarai penulis Al Andalus Menangis
1) Assyaffa (Dublin, Ireland)
2) Asyrafdini (Amman, Jordan)
3) Ainun Nazrin KZ (Dublin, Ireland)
4) Atikah Azit (Dublin, Ireland)
5) Bint Al-Huda Kamarudin (Dublin, Ireland)
6) Fahd Razy (Dublin, Ireland)
7) Fazleen Razali (KMB)
8) Fieza Nur (Dublin, Ireland)
9) Firrus Hayat (Cork, Ireland)
10) Hafez Iftiqar (Melbourne, Australia)
11) Ida Sakinah Muhammad (Southampton, UK)
12) Kausar Jiwa (Loughborough, UK)
13) Khadijah Khalilah Abdul Rashid (Morocco)
14) Khairiah Jaafar (Dublin, Ireland)
15) Mardhiah Masharuddin (Galway, Ireland)
16) Mohd Bakri Bakar (Dublin, Ireland)
17) Muharikah (Dundee, Scotland)
18) Nur Firdaus Mohd Rus (Moscow, Rusia)
19) Nurani Haza (Wellington, New Zealand)
20) Syarifah Salha Syed Ahmad (Al Azhar, Mesir)

Thursday, December 28, 2006

LAPORAN SAYEMBARA PUISI BERUNSUR ISLAM IRELAND-UK KE-2 2006

SAYEMBARA PUISI BERUNSUR ISLAM IRELAND-UK II 2006

Ulasan Hakim ____________________


Rasulullah tidak pernah menghalang umatnya bergiat dalam seni sastera termasuklah syair dan puisi. Baginda pernah bersabda:"Sesungguhnya diantara syair itu ada hikmah". Diceritakan, baginda sendiri pernah mendengar secara tekun syair cinta Ka'ab bin Zuhair iaitu " Baanat Su'aadu" selain syair "An-Nabighah Al-Ja'di". Daripada Ali Karramallah Wajhah, terdapat ramai para sahabat yang pakar dalam syair. Penguasaan bahasa berseni mereka mantap. Selain itu, terdapat ramai juga ulama' muktabar yang pandai bersyair termasuklah Imam Muhammad bin Idris Asy-Syafi'i (Imam Asy-Syafi'i) dan Abdullah bin Mubarak. Justeru, usaha murni PPIMI dan GLKN mengadakan Sayembara Puisi Berunsur Islam Ireland-Uk II 2006 khusus untuk pelajar Malaysia yang menuntut di Ireland dan United Kingdom haruslah disokong.


Secara keseluruhannya, puisi yang diterima untuk Sayembara Puisi Berunsur Islam Ireland-Uk II 2006 ini menepati tema yang ditetapkan penganjur iaitu Islam serta mencerminkan kemurnian agama Islam itu
sendiri. Suara religius peserta yang menyertai sayembara terpantul pada susunan bait-bait kalimat yang memberi kesan rohaniah kepada pembaca. Sudah menjadi tanggungjawab penulis (baca penyair) untuk membetulkan kembali tanggapan barat kepada Islam. Apabila disebut Islam, ia sering dikaitkan dengan tindakan ektrem yang melampau. Sedangkan agama Islam itu syumul dan sempurna, seperti Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Sesungguhnya agama (cara hidup) yang diredhai di sisi Allah hanyalah Islam."


Daripada pengamatan panel hakim, rata-rata penyair mampu mengungkapkan idea berasaskan tema islam dengan mantap dan bertenaga. Kesan rohaniah begitu tinggi dan memberi kesan estetik yang begitu efektif. Dalam puisi "Perjalanan Mencari Pelangi" misalnya, penulis mengungkapkan:


Kepul-kepul hitam ialah kumpulan awan resah yang menghempap

kedinginan petang,

Siulan angin menderu bagaikan satu salakan panjang yang merayu

Bukankah dulu pernah diperingat?

Satu waktu akan memutar, satu waktu akan tersasar,


Dan tatkala jasad baru terasa dihembus roh,

Tergigil sendiri di hadapan cermin berhabuk yang sudah lama tidak disentuh

Cuba mengintai di sebalik topeng usang yang retak

Mana diriku inginku lihat?

Dan bila cermin sembahkan bayangan satu lohong hitam yang pekat

Jelas itulah diriku yang kulihat

Dan dengan serta-merta dunia menjadi amat sunyi

Walhal keliling berantai manusia mata bercahaya


Dan aku masih berdiri disini mengenggam peta

Setapak langkahku tak pasti ke kiri, kanan, hadapan atau pun belakang?

Merenung langit kuharapkan suluhan berterusan

Yang kudapat hanya cahaya yang berbalam-balam?!

Syaitan pun membisik, Nafsuku pantas mahu berhelah

Berhenti! Jangan pantas kau tuding langit!


Tudinglah pada lidah yang kontang dengan zikrullah,

Yang kenyang dengan hasil daging saudaramu

Tudinglah pada hati yang gersang tanahnya tak dibaja nur Iman

Yang sengaja kau biar mengeras dan menghitam

Tudinglah pada serapah syaitan yang kau biar berdengung di setiap celahan

nadi

Tudinglah pada mata separa buta dari menghadap ayat-ayat suci Tuhanmu

Tudinglah pada dahi yang tidak akrab dengan bumi

Tudinglah pada diri!

Jangan pantas kau tuding Ilahi!


Lalu dengan kaki yang berat dan jiwa separuh dirawat,

Teruskan melangkah menjejak ekor cahaya yang tersisa tadi

Tinggalkanlah satu lagi bekas di tapak perjalanan hidup ini

Tinggalkanlah langit petang tadi

Dan di hatiku masih berharap di hadapan bertemu pelangi...


Dalam puisi ini, penyair berjaya mengeksploitasi diksi bagi melahirkan sebuah cipta seni yang hebat. Penyair pandai mengaplikasi teknik anafora bagi memberikan kesan estetika pada puisi. Hal ini ketara pada rangkap keempat dan kelima (perkataan tudinglah dan tinggalkanlah). Setiap perkara yang berlaku memang dalam qada' dan qadar Allah. Bagaimanapun, kita tidak boleh menyalahkan Allah (Berhenti! Jangan pantas kau tuding langit!). Tetapi kita mestilah muhasabah diri dengan kembali kepada akar diri. Masing-masing perlulah memeriksa keimanan dan ketakwaan dengan merenung kembali pada lidah, hati, serapah syaitan, mata dan dahi. Puisi ini diakhiri dengan harapan agar bertemu dengan pelangi, simbolisme kepada nur keimanan atau mungkin kejayaan yang berwarna-warni.

Selain susunan bait-bait perkataan yang segar, pengucapan puisi yang berseni juga dapat diketemui dalam puisi lain yang diterima penganjur. Pemilihan diksi yang tepat dan mantap memberi kesan rohani yang tinggi kepada pembaca. Unsur-unsur kesenian yang dianyam dengan sentuhan kreativiti menjadikan pengucapan puisi begitu luhur dan bening. Bergerak dari satu babak ke satu babak yang tenang dan syahdu. Dalam puisi berjudul "Fenomena 1: Celikkan Mata, Terbanglah ke Seluruh Pelosok Dunia!" penyair menulis:

Roh-roh anak muda, merontalah, menggeleparlah

tendanglah mata-mata pada jasad yang memenjara

biar ia luas terbuka

dan kalian bebas beterbangan ke setiap inci dunia


Judul puisi ini sahaja sudah mengajak kita semua untuk membuka mata seluas-luasnya. Sekaligus mengajak kita semua terbang ke seluruh alam dan menyaksikan sendiri apa yang berlaku. Soalnya sekarang? Adakah semua orang berfikir secara luhur begitu? Tugas ini sememangnya menjadi tanggungjawab semua.


Kisah kontemporari dunia yang bergolak turut disentuh oleh mata pena Sakinah binti Md.Rifin dengan puisi yang bertajuk " Tarian Maut Duniawi." Diksi segar yang menyiratkan makna-makna tertentu telah menampilkan perasaan jelik pengarang terhadap peperangan dan kekejaman Israel dengan mengekalkan keharmonian bahasa dalam puisinya. Penggunaan beberapa diksi yang bernada 'sayu' wajar diberi pujian dalam menarik ihsan pembaca terhadap wanita dan kanak-kanak mangsa kekejaman Israel dengan menggunakan beberapa diksi tertentu, contohnya;


Usah diharap lagi ihsan yang takkan berbalas,

Kerana kau mencipta hening di bintang mata,

Apabila mengerdip kau terpukau kelayuan,

Untuk merengkuh sinarnya yang makin malap,


Harapan untuk melihat maruah Islam kembali bersinar dalam "Dunia baru Islam (nota buat si taghut dan mujahid yang melawannya" diadun dengan semangat jihad dan berjaya membangkitkan kebencian pembaca muslim terhadap golongan kuffar yang sering menindas umat Islam. Diksi-diksi seperti Saat rakusmu ditunggang dan Iblis, saudaramu yang sejati membawa pengertian bahawa penulis sedang meluahkan kebencian dengan berani.


Bahkan, itulah antara maksud penciptaan puisi itu sendiri, iaitu melantunkan perasaan benci, marah, gembira, sedih dan sebagainya dengan berwakilkan diksi-diksi secara harmoni.


Tema yang dibawa oleh Nurin Mazaya binti Zulkifli dalam "Janji Tuhan Itu Pasti" turut mengadunkan keluhan penyair terhadap penindasan kuffar terhadap umat Islam yand diakhiri dengan pengharapan agar maruah Islam dimartabatkan kembali. Sentuhan beberapa penggunaan diksi yang seolah-olah memberi saranan kepada pembaca agar melaksanakan tingkah tertentu biarpun Allah sudah menjanjikan kemenangan terhadap umat Islam.


Saranan seperti 'melihat dunia dengan kaca mata iman dengan ilmu kebenaran' wajar dihayati oleh semua agar harapan yang dipanjatkan bersama janji Allah dapat dicapai tatkala melihat panji hijau kembali berkibar bersama angin timur.


Secara keseluruhanya, panel hakim berpuas hati dengan karya peserta. Namun sedikit yang meresahkan, kesemua kemenangan didominasi oleh penulis wanita. Dari sisi lain (sedikit komentar pihak hakim), kebanyakan puisi yang diterima adalah terlalu panjang sehingga menjejaskan nilai estetika. Tip kepada semua, semakin panjang sesuatu puisi, maka semakin banyak kesalahan-kesalahan yang mungkin berlaku. Sebaik-baiknya, buatlah saringan dengan teliti. Cantas perkataan dan baris serta rangkap yang tidak perlu.


Sebagai kesimpulannya, diperturunkan petikan tulisan Prof. Dr. Yusof Al-Qardhawi dalam bukunya Seni & Hiburan dalam Islam yang berbunyi: Tidak diragukan lagi bahawa seni mirip dengan ilmu pengetahuan yang dapat dipergunakan untuk kebaikan dan pembangunan atau boleh juga dimanfaatkan untuk kejahatan dan kerosakan, dan di sinilah letak permasalahannya. Seni merupakan media untuk mencapai suatu tujuan itu sendiri. Jika digunakan dalam urusan halal hukumnya halal dan jika digunakan untuk urusan haram hukumnya haram.


Semoga usaha murni PPIMI dan GLKN akan diteruskan pada masa-masa akan datang bagi mengangkat darjat seni berteraskan ciri-ciri keislaman. Umat manusia memerlukan kepada pentarbiyahan jiwa bagi memupuk kesedaran rohani. Tahniah kepada semua semua yang menyertai. Semoga usaha ini akan menambahkan lagi bilangan penulis muda dari kalangan profesional.

Tahniah kepada semua pemenang.



PANEL HAKIM

Nasriah Abdul Salam
Nimoiz TY

_________________________________________________________________________


Keputusan


Pertama:
Perjalanan Mencari Pelangi (Nur Adilah Zarin, RCSI)

Kedua:
Fenomena 1: Celikkan Mata, Terbanglah ke Seluruh Pelosok Dunia! (Adibah Abdullah, UNI OF MANCHESTER)

Ketiga:
Tarian Maut Duniawi (Sakinah binti Md.Rifin, UNIV COLLEGE DUBLIN)

Saguhati:
1. Dunia Baru Islam (Huda Kamarudin, RCSI)

2. Janji Tuhan Itu Pasti (Nurin Mazaya binti Zulkifli, SOUTHAMPTON)


HAKIM-HAKIM SAYEMBARA.
1) NASRIAH ABDUL SALAM
2) NIMOIZ TY

PROFIL NASRIAH ABDUL SALAM


NAS123
Originally uploaded by karyawan.
Nama penuh Nasriah Abdul Salam ialah Khairunnasriah Binti Abdul Salam. Selain itu juga, Nasriah Abdul Salam turut dikenali sebagai Nasa_natrah dalam laman komuniti esastera.com. Merupakan Mantan Minggu Penulis Remaja 2005, dilahirkan pada 2 Ogos 1983 (23 Syawal 1402H) di Kampung Pulau Gajah, Kota Bharu.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Pulau Gajah. Meneruskan persekolahan menengah di Sekolah Menengah Ugama (Arab) Maahad Muhammadi Perempuan, Kota Bharu. Kini, Nasriah Abdul Salam sedang menekuni bidang Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak.

Mula meminati bidang puisi dan penulisan sejak sekolah rendah dan aktif dalam bidang penulisan sewaktu di bangku sekolah menengah. Tetapi, mula menghantar karya kepada editor dan penerbitan pada tahun 2003.

Puisi merupakan genre yang paling digemarinya dengan menyaduri gagasan ketuhanan dan kemanusiaan. Menjadikan Allahyarham Usman Awang, Pak A.Samad Said dan Lim Swee Tin sebagai cermin inspirasi dan pencucuh minat dalam berkarya.

Karya-karya Nasriah Abdul Salam pernah tersiar dalam majalah-majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Galeri Ilmu, Kumpulan Karangkraf, Moy Publication serta buletin-buletin tempatan. Nasriah Abdul Salam boleh dihubungi di nasriah_salam@yahoo.com (YM messenger).



PROFIL NIMOIZ TY

NimoizBest
Originally uploaded by karyawan.
Nimoiz TY merupakan akronim kepada Nik Mohd Iznan Tuan Yaakub. Dilahirkan pada 11 April 1983 di Kg Gual Ipoh, Tanah Merah, Kelantan. Kini beliau berkhidmat sebagai pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Mukah.

Dalam penulisan, telah menghasilkan lebih 500 buah sajak, yang mana 100 daripadanya terhimpun dalam kumpulan puisi persendirian 'Jalan Baru'. Karya-karya beliau tersiar di Berita Minggu, Mingguan Malaysia, Utusan Malaysia, Pentas Dunia, Pelita Bahasa, Dewan Bahasa, Dewan Sastera, Dewan Budaya, Tunas Cipta, Dewan Siswa, Dewan Agama dan Falsafah, Majalah I, Sarina, Remaja, URTV, Metro Ahad, Mingguan Wanita, Seri Dewi dan Keluarga, Majalah Noor (Indonesia), Masa, Forum Perdana dan lain-lain. Turut dibukukan dalam APAS, Sajen,Salju Jabal Musa, Hostel, Selagi Ombak Mengejar Pantai 8, Bayi Kota Berahi, dan Tunas Jiwa.

Beliau merupakan mantan MPR 2004, dan penyandang Anugerah Penyair Alam Siber sebanyak tiga kali (2003, 2004, 2006). Turut memenangi Hadiah Puisi dan Cereka Sains Karyanet dua kali berturut (2004 dan 2005), Anugerah Novelis Alam Siber, dan Hadiah Puisi Merdeka KUiTTHO.

Turut menjadi ahli Gabungan Penulis Muda Kelantan (GEMA), sekretariat Alumni MPR-DBP, dan Persatuan Penulis Kelantan (PPK).

Friday, August 18, 2006

Khemah Sastera Negeri Terengganu

Alhamdulillah, pada 3-5 Ogos yang lalu, salah seorang ahli GKLN, sdr Nur Hafizah telah dijemput menyertai Khemah Sastera Terengganu di Batu Rakit manakala Fahd Razy telah dilantik menjadi fasilitator dan pembentang kertas kerja motivasi karya pada program tersebut. Berikut merupakan laporan sdr Nur Hafizah


PA231121
Fahd Razy, Nur Hafizah, dan ahli kumpulan SN S. Othman KElantanGKLN.




Selama 3 hari 2 malam saya berkampung di Gem Beach Resort. Bercuti? Mungkin,bercuti dari menekuni buku perubatan ataupun membedah mayat orang Irish saban minggu. Semusim pengajian saya di Dublin, Ireland betul-betul menguji rohani dan jasmani saya selaku anak perantau. Maka cuti musim panas ini dimanfaatkan sebaiknya untukbercuti. Dan saya habiskan beberapa detik dari masa cuti untuk berkhemah sastera di GemBeachResort.

Walaupun perkataan `khemah' yang digunakan namun penginapan kami adalah bilik hotel yang sekelilingnya adalah kolam renang yang sangat luas. Malah dari jendela bilik penginapan, laut China Selatan terhampar luas. Terima kasih buat DBP cawangan wilayah timur yang membelanjakan beribu-ribu ringgit selaku penganjur khemah sastera peringkat negeri Terengganu.


PA231119
Para peserta Khemah Sastera TerengganuGKLN.



Khemah sastera ini adalah rentetan dari khemah sastera negeri Kelantan yang diadakan tidak beberapa lama sebelum ini sebelum berpindah ke negeri Pahang. Tujuan khemah sastera ini diadakan antara lainnya adalah untuk mencungkil bakat-bakat penulis muda. 10 penulis muda yang menunjukkan persembahan terbaik setiap negeri akan dikumpulkan untuk peringkat wilayah timur. Seterusnya10peserta terbaik dari wilayah timur akan di pilih ke minggu penulis remaja peringkat kebangsaan. Bagi saya ini adalah satu langkah baik untuk membina penulis-penulis muda yang bakal menjadi penulis mapan.

Minat saya dalam bidang penulisan walaupun ia bukanlah bidang utama saya turut menjemput saya menyertai khemas tersebut.Sepanjang khemah sastera tersebut, kami mendapat pelbagai pendedahan dalam bidangpenulisan.

Hari pertama, Tuan Sharif Putera telah mengulas panjang lebar tentang bagaimana menghasilkan sebuah cerpen yang bagus. Beliau sempat menunjukkan beberapa keratan cerpen sebagai contoh seperti cincin oleh Fatimah Busu dan Tina karya Aminhad. Di samping itu, beliau juga meneliti karya-karya peserta dan mencoretkan beberapa kritikan membina. Peserta-peserta muda yang cenderung pada penulisan cerpen begitu bersemangat mendengar celoteh beliau walaupun kadang-kadang ada karya peserta yang mendapat komen keras dari beliau. Itulah dunia penulisan, untuk terus mara kehadapan,kritikan-kritikan seumpama itulah yang harus dihadam bukannya alpa didodoi pujian-pujian. Apatah lagi kalau karya baru setahun jagung.

Hari berikutnya,peserta-peserta bengkel begitu bertuah apabila penulis muda Rozais Al Anamy dan zanazanzaly sudi berkongsi sedikit sebanyak pengalaman mereka selaku penulis muda yang sedang meningkat naik.Malah bagi saya, tajuk `Penulis adalah pemikir, bersediakah anda?" yang dikupas oleh Rozais Al Anamy merupakan satu tajuk yang sangat patut dibincangkan supaya barisanpenulis muda mempunyai jati diri yang mapan dan mempunyai objektif yang jelas kena padan mengapa kita harus menulis. Syabas saya ucapkan pada pihak penganjur kerana memasukkan topik tersebut dalam perbincangan.

Buat seketika saya tidak rasa begitu janggal kerana saudara Fahd Razy, seorang penulis muda yang juga mengambil jurusanperubatan di Dublin, Ireland berceloteh pengalaman beliau menongkah arus apabila berkecimpung dalam dunia sastera dan penulisan. Malah, banyak penulis-penulis muda kini turut sama muncul melawan arus apabila terjun ke bidang penulisan walhal masing-masing mengambil jurusan sains, usuluddin, syariah, kejuruteraan dan sebagainya.Suka untuk saya petik kata-kata saudara Fahd Razy, "ini merupakan satu pencapaian buat penulis-penulis muda dari aliran bukan sastera, dan bagi penulis-penulis dari aliran sastera, ini adalah satu cabaran buat anda".

Peserta-peserta juga sempat mendengar ulasan dari penulis mapan yang tidak asing lagi di Terengganu iaitu saudaraHilmi Rindu.Beliau juga telah bermurah hati menitipkan buku antologi puisi beliau guna sebagai pendorong kepada peserta-peserta.


PA231107
Persembahan dari kumpulan terbaik, kumpulan SN S. Othman KelantanGKLN.



Bercakap tentang puisi, kami juga mendapatpendedahan tentang bagaimana mencipta karya puisi yang bermutu oleh saudara Dr.Awang Abdullah. Walaupun beliau kepenatan kerana baru pulang ke Terengganu,namunsedikitpun tidak menganggu penyampain beliau yang begitu berinformasi.




PA221086
Nur Hafizah, peserta terbaik Khemah Sastera Terengganu (dan juga ahli GKLN)GKLN.



Sepanjangbengkel juga diselitkan unsur-unsur kebudayaan dan teater buah tangan dari fasilitator dari JASTERA. Fasilitator tersebut bertanggungjawab memandu kami dalam memberikanpersembahan terbaik dalam persembahan terakhir dan sepanjang bengkel. Di akhir bengkel, kumpulan S.Othman Kelantan telah dinobatkan sebagai kumpulan terbaik dengan melakonkan teater yang diadaptasi dari cerpen Tina karya Aminhad dan nukilan sajak yangbertajuk Dialog Perkasihan Abang dan Adik garapan peserta terbaik khemah sastera, NurHafizah, pelajar perubatan dari Dublin, Ireland. Secara keseluruhannya, khemah sastera ini begitu menambat hati saya yang bergelar pelajar perubatan. Faedah yang saya peroleh usai khemah sastera ini begitu banyak dan saya tidak mendapat sesal sedikitpunmenyisipkan waktu cuti musim panas untuk ke khemah sastera ini. Sekalung penghargaan buat penganjur, DPB wilayah Timur dan Encik Syaidul Azam selaku wakilnya.

fiezanurGem Beach Resort, trg3-5 OGOS 2006

Thursday, August 17, 2006

Hadiah Galakan Sastera Grup Karyawan Luar Negara (I) 2006/2007

Hadiah Galakan Sastera Grup Karyawan Luar Negara (I) 2006/2007
(Kategori Puisi)

Pengenalan

Hadiah Galakan Sastera GKLN ini terbuka kepada semua ahli GKLN yang menepati syarat penyertaan. Untuk permulaan, hanya kategori puisi yang dipertandingkan dan penilaian akan dibuat setiap dua tahun sekali. Walaubagaimanapun, kategori cerpen dan lain-lain sedang dalam pertimbangan.


Objektif

- Menggalakkan penglibatan aktif ahli-ahli GKLN dalam berkongsi karya di yahoogroups.
- Memberi ruang kepada ahli-ahli GKLN di negara yang tidak mempunyai sayembara untuk menimba pengalaman dan menerima penghargaan dalam berkarya.
- Menggalakkan penghasilan karya-karya bermutu dari ahli-ahli GKLN.


Prosedur dan syarat

- Semua karya yang tersiar di yahoogroups GKLN bermula dari tahun 2005 hingga Jun 2007 serta menepati syarat akan dinilai untuk Hadiah.
- Karya-karya tersebut mestilah tidak pernah memenangi sebarang anugerah atau hadiah sastera (sama ada peringkat rendah mahupun peringkat perdana), atau tersiar di media cetak. Namun karya yang disiarkan di yahoogroups boleh dihantar untuk penerbitan di media cetak.
- Penulis perlu mempunyai sekurang-kurangnya empat buah puisi yang menepati syarat di yahoogroups GKLN untuk membolehkannya layak dinilai. Namun hanya 3 sajak terbaik sahaja yang layak dipertandingkan (dan hanya satu hadiah ditawarkan).
- Tema sajak bebas, tetapi mestilah bermoral dan mempunyai mesej yang wajar dan berpatutan.
- Hanya peserta yang menghantar maklumat peribadi yang lengkap berserta gambar (dalam bentuk jpeg) kepada urusetia sahaja yang akan dinilai karyanya. (Maklumat peribadi ini akan diminta samada sebelum atau sebaik sahaja penilaian selesai dijalankan)
- Hanya peserta yang masih berada di luar negara sehingga tahun 2006 dan ke atas sahaja yang layak menyertainya.
- Bagi menjamin objektif Hadiah Sastera GKLN tercapai, pihak urusetia berkuasa penuh untuk menolak penyertaan dari penulis yang dirasakan tidak sesuai untuk diberikan hadiah atas apa jua alasan.
- Hadiah akan ditentukan kemudian oleh penganjur.